BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 11, 2010

-___-' SERIOUSLY?

'Konsert artis 'gay':
Pemuda PAS hantar
memo bantah
11 Okt, 10 4:29pm
Pemuda PAS hari ini
menghantar
memorandum bantahan
terhadap Agensi Pusat
Permohonan
Penggambaran Filem dan
Persembahan Artis Luar
Negara (PUSPAL) kerana
meluluskan konsert artis
'gay' Adam Lambert.
Menurut memorandum
dua halaman yang
ditandatangani oleh
timbalan ketuanya
Azman Shapawi Abd Rani
itu, kerana ia bakal
membawa "keruntuhan
akhlak masyarakat",
khasnya di kalngan anak
muda.
"Adam Lambert adalah
seorang artis yang
secara terbuka, bukan
sahaja mengaku sebagai
gay dan pengamal
homoseksual tetapi
beliau turut
mempamerkan aksi
gaynya dengan seringkali
mencium dan mengucup
penari lelaki serta
menggayakan tarian
serta aksi lucah bersama
kumpulannya,"
memorandum itu dipetik.
Konsert sulung Lamber
berjudul 'Adam Lambert
Glam Nation Tour Live in
Malaysia 2010' dijadual
berlangsung 14 Oktober
(Khamis) di Stadium
Putra Bukit Jalil.
Menurut Azman Shapawi
seharusnya peka dengan
perkembangan budaya
songsang itu kerana di
msyarakat Barat sendiri
didakwa menolak artis
pop Amerika Syarikat itu.
Beliau juga menyatakan
kekesalannya kerana
pada hari yang sama
seorang artis 'nasyid'
popular Sweeden Maher
Zain mengadakan
persembagan di Shah
Alam tidak diberikan
tempat.
"Fakta dan nasihat yang
bagaimana lagi mahu
diberikan kepada pihak
kerajaan agar menginsafi
bahawa program seperti
inilah yang akhirnya
merosakkan akhlak
generasi kita sekali gus
membawa budaya dan
cara hidup yang
bertentangan dengan
fitrah?" soal Azman
Shapawi.
Dalam memorandum itu,
Pemuda PAS menggesa
semua penganjuran
konsert mematuhi garis
panduan PUSPAL dan
meminta agensi itu
memberikan perhatian
serius terhadap
penerimaan artis luar
negara.
Malaysiakini difahamkan
memorandum yang
ditujukan kepada
Pengerusi PUSPAL Datuk
Kamaruddin Siaraf itu
diserahkan sendiri oleh
Azman Shapawi di
pejabat agensi bawah
Kementerian
Penerangan, Komunikasi
dan Kebudayaan di Kuala
Lumpur pagi tadi.
Lambert, 28, merupakan
penyanyi pop, penulis
lirik dan pelakon
daripada California.
Album bekas peserta
American Idol itu For
Your Entertainment pada
2009 terjual sebanyak
198,000 selepas seminggu
berada dalam pasaran.
'

WTH? ITS NOT LIKE HE WILL COME HERE AND MAKE US BECOME GAY? HE IS AN ENTERTAINER LA!

0 comments: